Emak
Adakah ini yang dinamakan cinta
Betapa mendalamnya perasaan ini
Hanya kerana ingin mendengar suaranya
Melihat rupanya, merasakan hatinya,
Rindu yang mengasyikkan kerana selalu terkenangkannya
Emak
Adakah ini yang dinamakan cinta
Biar dimarahi, ditegur, disapa, dipandang,
Biar dikata, diberi pandang tak sama
Perasaan hati hanya mahu melihat dan mendengar suaranya
Emak
Adakah ini dinamakan cinta
Sayang yang amat sangat terhadap anak oleh seorang ibu.
Amatlah sayang pada anak saya sendiri yang menjangkau 23 usia
Berkerja jauh di sudut mana samudera
Adakah ini perasaan emak dengan saya
Adakah ini cinta yang akan terubat rindu dengan kepulangan anak
Ku nanti..
Emak
Amatlah sayang saya dengan emak samalah sepertinya
Amatlah sayang saya dengan anak saya yang jauh di mata... di samudera sana..
Emak adakah ini dinamakan cinta....
No comments:
Post a Comment